05 April 2009



PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA

TEMPUR GAYONG MRSM
LANGKAWI



Dengan Bismillah Mula Dikata

Mengingati Kebesaran Allah Yang Mulia

Kerana Wajib Telah Ternyata

Segala Perbuatan Mahulah Diserta

Seni Gayong Payung Pusaka

Naungan Aneka Hikmat Mulia

Rahsia Tersimpan di Purbakala

Ilham Menyusul Lahir Semula

Niat Yang Bersih Baunya Suci

Berseru Kepada Putera dan Puteri

Agama Yang Mulia Dijunjung Tinggi

Belalah Bangsa, Adat dan Negeri

Gayong Mencantum Bersatu Padu

Mengingat Junjungan Empunya Seru

Sama Sendiri Bantu Membantu

Selamat Sejahtera Hajat Dituju