14 April 2009

Latihan solo (bezek)

Istilah Kunci Mati & Combat

Buah Tapak Kunci Mati

1. Kilas Sawa Berendam
2. Kilas Payung
3. Kilas Sangga Maut
4. Kacip Emas
5. Patah Dayung
6. Cekak Banting
7. Kacip Selak Emas
8. Pasung Cina
9. Tali Gantung
10. Kilas Dayung Tali Gantung
11. Selak Mati
12. Kilas Tali
13. Tolak Lintang
14. Sekapur Sirih
15. Patah Layar Perahu Karam
16. Patah Julang
17. Pangkah Sangga
18. Kilas Biawak
19. Sangga Kilas Patah Tebu
20. Pasak Mati
21. Kilas Buaya Berendam

Serangan Maut/Kombat

1. Patah Dayung Nasi Hangit
2. Patah Dayung Kuda Gila
3. Kuda Gila
4. Humban Ketam Kawah Pecah
5. Kipas Dayung Selak Dayung
6. Pangku Mayat Pecah Kawah Hentak Kawah
7. Kipas Gayong Tembi Gayong Selak Gayong
8. Tembi Gayong Pasak Gayong Selak Gayong
9. Lipat Gayong Pangku Kawah Pecah Kawah
10. Kawah Sepit Pecah Tebu
11. Tendang Kuda Kawah Tiarap
12. Tembi Kilas Pangku Mayat Kawah Pecah
13. Gasing Emas
14. Pangku Lutut Patah Tebu
::: Peringkat dan Pelajaran Silat Seni Gayong :::

1. Mulus - Awan Putih
• Asas pergerakan Silat & Mengelak.
• Bunga Tanjung / Jungkir Balik
• Jurus Wajib hingga jurus 5.
• Gulungan 10.
• Pentas 1 / Selayang Pandang.
• Asas Olahraga.
• Kunci Tapak 1 - 7 buah

2. Awan Putih - Hijau
• Jungkir balik ( pecah empat ).
• Menghambur Rendah 3 / 5 orang.
• Menghambur Halangan Sederhana.
• Gulungan 21.
• Pentas Permainan.
• Pentas 2 / Sepukal
• Kunci Tapak 8 - 14 buah.
• Serangan bebas 1x1
• Pemusnahan
• Jurus Wajib hingga jurus 12.

3. Hijau - Merah
• Mahir tangan kosong.
• Golongan 31.
• Serangan Maut 1 hingga 7.
• Kunci Tapak 21
• Teknik Kaki & serangan bebas 1x3
• Teknik Pemusnahan.

4. Merah, Merah I, II & III
• Pentas Permainan Tangan Kosong.
• Pentas Permainan Bersenjata ( 3 jenis ).
• Gulungan Tambahan hingga 51.
• Asas Gerakan , Serangan Maut 8 - 21.
• Mempelajari permainan senjata :
• Pisau , Keris, Simbat , Tembong dan Parang.

5. Kuning , Kuning I - V
• Mempelajari Teknik Bersenjata :
• Serangan Maut & Kilas Kilat -
• Simbat - 21 teknik.
• Parang - 21 teknik.
• Tembong - 21 teknik.
• Tombak - 21 teknik.
• Rantai / Gada-gada.
• Anak Tombak.
• Tekpi. ( Atas budi bicara PSSGM )
Senjata Tambahan
• Kerambit
• Rencong
• Cipan / Kapak
• Mayang Gesit
• Tumbuk Lada
• Sundang Lipas
• Cindai

6. Bengkung hitam (mulus) ( Harimau Pelangi Cula Sakti )
• Teknik Seni Tapak Yoi
• Teknik Seni Tangkapan Belian.
Ujiannya :
• Mengupas kelapa tua dengan tangan.
• Memecah kelapa dengan tapak tangan.
• Menombak dengan jari.

7. Bengkung hitam I - VI

Mata Pelajaran Silat Gayong



Mata Pelajaran Silat Seni Gayong


Berdasarkan kepada nama silat ini, iaitu Silat Seni Gayong, maka sistem pelajarannya adalah berasaskan kepada nama ini. Secara amnya, seseorang pesilat akan diajar pergerakan tangan dan kaki secara sistematik. Peringkat ini digolongkan sebagai pelajaran bersilat. Manakala peringkat kedua ialah bahagian seni. Peringkat seni ini ialah peringkat pengenalan kehalusan dan ketepatan pergerakan bagi tujuan membuat serang balas yang berkesan ke atas sasaran yang boleh melemahkan lawan.
Latihan Silat Seni Gayong biasanya dijalankan di tempat yang tidak berbumbung - hanya dipagari dinding yang tinggi untuk menghalang sesiapa yang tidak berkenaan daripada memasuki gelanggang. Biasanya pesilat dalam sesuatu gelanggang boleh mencapai ke angka 50 orang atau lebih. Latihan Silat Seni Gayong dimulakan dengan upacara Membuka Gelanggang, iaitu dengan membaca ayat-ayat suci Al-Quran dan diikuti dengan memanjatkan doa ke hadrat Allah S.W.T. meminta agar dijauhkan segala mara bahaya semasa latihan sedang dijalankan. Selepas melakukan aktiviti pemanasan badan dan senaman gerakan asas(jurus), pesilat akan berpasangan untuk berlatih suatu siri pergerakan atau gerakan yang direka untuk menghindarkan serangan mengejut dan menyekat lawan daripada terus bertindak agresif(asas elakan/elak pukul). Biasanya terdapat beberapa orang pembantu jurulatih yang hadir untuk mengawal pasangan yang bergelut dan membetulkan mana-mana gerakan yang silap, jika perlu, tangkapan yang berbahaya serta gerakan serang balas yang dilakukan tanpa disedari.
Ahli-ahli baru melakukan latihan kekuatan fizikal selama sebulan untuk melonggarkan otot-otot dan tendon. Kemudian mereka berlatih untuk memperbaiki teknik menumbuk dan teknik asas menendang dan menangkis. Pergerakan menyerang hanya diajar dari peringkat bengkung Pelangi Hijau.Pemegang bengkung Pelangi Hijau juga diajar cara-cara mengunci pergerakan lawan, melepaskan tangkapan, jatuhan dan gulingan. Pesilat juga didedahkan kepada kawasan-kawasan berbahaya pada tubuh.
Kesemua gerakan yang dipelajari adalah bertujuan untuk membentuk kemahiran membuat serang balas. Walaupun pesilat dimahirkan dengan teknik menyerang menggunakan tangan dan kaki, tetapi ia hanyalah untuk membiasakan rakan sepelatih untuk bertindak balas ke atas serangan yang berasaskan kepada teknik tersebut. Serangan yang dibuat tanpa menggunakan kaedah yang betul amat mudah untuk dipatahkan, sebaliknya serangan yang terkawal dari segi sasaran, imbangan badan, dan penumpuan tenaga perlulah dipatahkan dengan kemas dan tepat. Maka untuk membuat serang balas yang berkesan, seseorang pesilat haruslah dimahirkan dengan serangan-serangan yang betul kaedahnya.
Kemahiran yang perlu diperoleh oleh pesilat dalam latihan silatnya ialah:

1. Gerakan membuka tapak dan serangan kaki dan tangan.
2. Gerakan serang balas jenis tangkapan - buah tapak kunci mati.
3. Gerakan serang balas ke atas kuncian - buah tapak kunci hidup.
4. Gerakan serang balas jenis pukulan - serangan harimau.
5. Gerakan jatuh pulih - senaman anak harimau.
6. Gerakan serangan bersenjata dan serang balas ke atas serangan bersenjata.

Latihan Silat Seni Gayong diakhiri dengan upacara Menutup Gelanggang, dan pesilat dikehendaki membaca ayat-ayat suci Al-Quran sebagaimana pada upacara Membuka Gelanggang.
Kebanyakan mata pelajaran yang diperturunkan oleh Mahaguru Dato' Meor Abd.Rahman adalah berupa tangkapan kunci mati. Tangkapan kunci mati ini boleh dikategorikan seperti berikut: melalui tangan kosong, serangan bersenjata ataupun gerak daripada kaki yang diserang oleh pihak musuh.
Silat Seni Gayong mempunyai 349 "seni", yang berupa seni tangkapan kunci mati(tangan kosong/bersenjata), serangan maut, buah pukulan, dan ulasan serangan balas(tapak hidup).Ini bermakna walau bagaimana sekali pun keadaan serangan pihak lawan, pesilat Seni Gayong masih mampu bertindak untuk menyelamatkan diri di samping dapat mematahkan serangan lawan.
Pelajaran dalam Silat Seni Gayong pada asalnya mempunyai tujuh buah tangkapan sahaja untuk setiap peringkat. Dari tujuh buah tangkapan ini kemudian dipecah-pecahkan sehingga menjadi 49 pecahan untuk setiap peringkat, baik dari peringkat tangkapan tangan kosong hinggalah ke peringkat Seni Gayong(permainan yang menggunakan senjata tradisi Melayu).
Secara umumnya, pelajaran di dalam Silat Seni Gayong dibahagikan kepada tujuh peringkat, iaitu:

1. Tapak Gayong
2. Seni Tapak Gayong
3. Seni Keris
4. Seni Simbat
5. Seni Yoi
6. Seni Belian
7. Seni Cindai

Tapak Gayong terdiri daripada segala pelajaran asas gerak tangan dan kaki, termasuk juga latihan senaman anak harimau dan tangkapan kunci mati(21 buah tapak kunci mati).
Seni Tapak Gayong merupakan lanjutan daripada pelajaran Tapak Gayong. Pada peringkat ini pesilat diajar menghalusi lagi pelajaran bahagian Tapak supaya pesilat berkemampuan untuk membuat serang balas yang berkesan. Pelajaran pada peringkat ini termasuklah buah tapak kunci hidup(teknik membuka kuncian - 49 buah) di samping berkemampuan untuk mengunci semula lawan.Juga pelajaran Pecahan Buah Tapak sebanyak (7x21) buah dan Serangan Maut/Buah Pukulan(21 buah).
Seni Keris merupakan pelajaran menggunakan senjata tikam seperti keris dan pisau.Mengandungi pelajaran Seni Keris(Keris Satu dan Keris Dua - 49 tikaman), Seni Pisau(Serangan Maut dan Pentas - Pisau Satu dan Pisau Dua)
Seni Simbat merupakan pelajaran menggunakan senjata belantan dan merupakan asas kepada permainan parang panjang, kapak, tekpi, pedang, sundang lipas, dan lembing.Mengandungi pelajaran Seni Simbat/Tongkat(kunci dan permainan), Seni Simbat Suk/Cota(kunci dan permainan), Seni Tongkat Panjang/Tembung(kunci dan permainan), Seni Parang Panjang(kunci dan permainan - Parang Satu dan Parang Dua), permainan Parang Panjang dan Perisai, permainan Parang Panjang - Rantai, permainan Pisau-Simbat, Seni Tombak/Lembing(kunci dan permainan), Seni Anak Tombak(kunci dan permainan), Seni Parang-Tekpi, Seni Tombak-Tekpi.
Seni Tapak Yoi merupakan pelajaran tangan kosong yang dipenuhi dengan buah pukulan bagi menentang serangan ramai(21 buah pukulan).
Seni Belian merupakan permainan tapak harimau yang dihiasi dengan amalan kebatinan.Juga dikenali sebagai Serangan Bapak Harimau.
Seni Cindai merupakan pelajaran yang menggunakan kain sarung dan merupakan pelajaran tertua dalam Silat Seni Gayong. Seni Cindai terbahagi kepada dua jenis permainan iaitu Cindai Jantan(pukul-memukul) dan Cindai Betina(jerut-menjerut).Tujuh pecahan yang terdapat dalam permainan cindai ialah: Sauk-sauk(21 buah), Tebar(21 buah), Serkap(21 buah), Kain Tudung(21 buah), Awang Bodoh(21 buah), Pukat(21 buah), dan Kalung Puteri(21 buah).



Selain daripada mata pelajaran yang disenaraikan di atas, terdapat juga mata pelajaran Seni Gerak Bayang,Gada-gada(rantai sepanjang 20 hasta dengan disambung besi pemberat di hujung), Seni Seligi, Seni Selayang pandang, Seni Serangan Rajawali, Seni Sundang Lipas, Mayang Gesit(senjata baling yang disorok bersama cucuk sanggul), Serbuk Beracun, Senjata Api(jarak dekat) seperti untuk menghadapi musuh bersenjata pistol dan senapang banet dan permainan-permainan lain lagi.
Pendek kata, di dalam Silat Seni Gayong terhimpun semua pelajaran silat yang terdapat di alam Melayu ini. Bak kata serangkap pantun Gayong:
Seni Gayong Payung Pusaka
Naungan Aneka Hikmat Mulia
Rahsia Tersimpan Di Purbakala
Ilham Menyusun Zahir Semula
Tahap pencapaian pelatih diperlihatkan daripada bengkung yang diperoleh. Setiap bengkung yang diperoleh merupakan petunjuk kepada pencapaian jenis-jenis kemahiran. Terdapat lima jenis peringkat bengkung iaitu: Awan Putih, Pelangi Hijau, Pelangi Merah, Pelangi Merah Tinggi(Tiga Cula), Pelangi Kuning, Pelangi Kuning Tinggi(Lima Cula), Pelangi Hitam(Mulus), dan Harimau Pelangi Cula Sakti Hitam(Tujuh Cula). Murid Gayong hanya boleh sampai hingga ke peringkat Cula Keenam sahaja. Cula Ketujuh adalah hak Mahaguru.
Soalan:"Dengan langkahan persilatan yang manakah Datuk gunakan bagi menikam Tamingsari?"
Hang Tuah:"Datuk gunakan langkahan ibu gayong sendi gedang tunggal, semar alam tunggal, belah bumi kipas nandung, raja kipas nandung."




Adat Keahlian

Perguruan Silat Seni Gayong mempunyai ketentuan adatnya tersendiri untuk menerima seseorang yang ingin menjadi ahli.Mereka di kehendaki melalui adat istiadat yang telah sedia ada secara berperingkat-peringkat, iaitu Peringkat Tapak(Awal/Asas), Peringkat Seni(Tinggi), dan Peringkat Cula(Mahir).
Pada setiap tahap peringkat tersebut, seseorang itu di kehendaki memberikan pengerasnya dalam bentuk barang-barang dan wang tunai. Bahan dan barang yang di mestikan ialah seperti asam, garam, sesisir pisang emas, akar sentuk, bijian bertih, limau nipis, dan lain-lain lagi mengikut peringkatnya.Bahan-bahan yang tersebut itu mempunyai berbagai-bagai maksud serta tujuannya tersendiri, misalnya; 1. Wang : untuk membeli keperluan perguruan dan juga di sumbangkan sebahagiannya kepada siempunya ilmu ini.2. Asam dan garam : Sebagai perasa dan bermaksud bahawa pembelajaran ilmu ini tidaklah mudah,mereka akan melalui pahit getirnya untuk mencapai kejayaan.3. Sekapor sireh dan sesisir pisang emas : sebagai juadah sampingan yang menandakan keikhlasan dan kesabaran hati.4. Limau nipis : sebagai penawar kekotoran dan bermaksud kesnggupan membersihkan diri dari segala sikap buruk.5. Akar sentuk : sebagai alat pengikis kekotoran, bermaksud kesanggupan membersihkan diri walaupun memakan masa yang lama.6. Bunga-bungaan: sebagai pewangi dan bermaksud perwatakan yang berperibadian.

Adat Gelanggang Latihan

Perguruan Silat Seni Gayong tidak mengadakan penggunaan perasapan kemenyan atau menyemai/merenjis seperti kunyit, tepong tawar, beras kunyit dan sebagainya di kawasan gelanggang latihan yang di anggap sebagai suatu pengupacaraan perasmian atau membuka gelanggang baru ataupun pada setiap sebelum/tamat latihan silat.
Perguruan ini mempunyai beberapa syarat dan peraturan khusus semasa berada didalam gelanggang iaitu semasa berpakaian silat.Kesemua syarat ini mempunyai kaitan rapat dengan sifat, sikap dan keselamatan diri bagi pesilatnya.1.Kebersihan : Pesilat di kehendaki bersih pada zahir dan batin.Gelanggang pula dekehendaki bersih dari sebarang najis dan kekotoran.2.Hormat : Pesilat di kehendaki bersikap hormat menghormati kapada Guru Latih, sesama sendiri dengan berbudi pekerti, bersopan santun dan mengelakkan diri dari banyak bergurau senda.3.Keselamatan : Pesilat dikehendaki mengikut segala arahan Guru Latih. Gelanggang pula sentiasa dijaga dengan memastikan tiada benda-benda yang boleh mencederakan anggota tubuh semasa latihan seperti kaca, duri dan sebagainya.


Adat Membuka dan Menutup Gelanggang

Telah menjadi satu kelaziman pada setiap permulaan dan penutup latihan silat samada secara berkumpulan ataupun sendirian,di mestikan melakukan tertib dan ikhlas hati memohon perlindungan daripada ALLAH S.W.T., semoga di kurnianya keselamatan semasa berlatih dan bersyukur pula di atas limpah kurnianya itu.Selalunya di ketuai oleh Guru Gelanggang dimana semua pesilat duduk berlutut didalam 2 baris mengadap antara satu sama lain atau di dalam barisan melintang yang berderetan atau dalam bentuk bulatan.Penerangan dan isyarat akan di berikan oleh Guru Gelanggang lalu di susuli dengan bacaan ayat-ayat suci yaitu:
· Surahtul Al-Fatihah sekali
· Surahtul Ikhlas 11 kalidan di akhiri dengan bersedekahkan pahala bacaan terutama kepada Allahyarham Dato Meor, Ibu Bapa serta yang lainnya dan berdoa di mohonkan perlindungan semasa latihan atau persembahan dan semasa menutup gelanggang bersyukur kerana terhindar dari segala bahaya.

Pakaian Silat

Silat Seni Gayong mempunyai pakaian seragam silat yang direka khas berwarna hitam dan merupakan salah satu identiti perguruan ini.
Lambang warna hitam bukan sahaja bererti keperibadian Melayu yang penuh tertib, bersopan santun dan sentiasa mementingkan kesederhanaan tetapi juga menandakan bahawa ilmu Gayong penuh dengan rahsia-rahsia ilmu Kepahlawanan lama.Pakaian hitam juga ialah satu amanat yang di peruntukkan kepada pesilatnya sehingga hari ini oleh Penditanya (yang asal) bernama Tengku Daeng Kuning yang bergelar "Panglima Hitam" , yang telah dipesankan melalui sebuah kata berbahasa berbunyi, "Gayong Berpaut Kata Bersahut" , yang berbunyi sedemikian;
Batu Hitam tak berjodoh,Batu Hitam tak bergaduh,Anak-anakku hendaklah berpakaian hitam,Untuk mendapatkan Ilmu Gayong.


Asal Usul Lambang Gayong





Lambang Gayong diilhamkan oleh Allahyarham Dato' Meor Abdul Rahman dan telah dilukis oleh Pendeta Za'ba di Singapura. Lambang Gayong asal terdiri daripada seekor naga sahaja. Pada lambang Gayong terdapat perkara-perkara berikut:
Bulan bintang di puncak dunia - melambangkan agama Islam menjadi teras persilatan ini.
Bejana air - ia berkaitan dengan falsafah Gayong yang intipatinya membawa erti bersatu-padu dalam menegakkan yang hak.
Seekor naga - ia sebagai tanda/simbol yang berkaitan dengan proses kelahiran Dato' Meor Abdul Rahman. Naga yang melingkungi dunia yang kepalanya hampir bercantum dengan ekornya itu melambangkan ilmu Silat Seni Gayong akan terkenal di seluruh dunia. Lambang dua naga dicipta semasa hendak mendaftarkan PSSGM sebagai mengenang jasa-jasa Meor Abdul Aziz, kekanda Mahaguru Meor Abdul Rahman, mengembangkan Seni Gayong di negeri-negeri di bahagian utara tanah air. Walau bagaimanapun, penggunaan lambang dua naga ini tidak berapa dipersetujui oleh Mahaguru Meor Abdul Rahman. Menurut firasat beliau, penggunaan lambang naga berjuang ini dikhuatiri akan mendatangkan akibat yang kurang baik.
Keris bersilang - melambangkan Semangat Tuah dan Semangat Jebat. Pada zaman keagungan Kesultanan Melayu Melaka, terdapat dua orang laksamana yang gagah berani iaitu Hang Tuah dan Hang Jebat. Hang Jebat mati sewaktu menjadi Laksamana. Jawatan Laksamana tidak diambil semula oleh Hang Tuah selepas kematian Hang Jebat. Keris dalam lambang tersebut adalah keris Tamingsari yang pernah digunakan oleh dua orang Laksamana Melaka tersebut.
Pedang Zulfakar - melambangkan kepahlawanan sahabat-sahabat Rasulullah sewaktu menegakkan syiar Islam di zaman Jahiliah.(Dalam lambang baru digambarkan dalam bentuk sebilah parang).
Selepang Kebesaran Gayong - melambangkan Silat Seni Gayong adalah bersendikan adat.

Makna Gayong





Erti GAYONG
Ga - Genggam
Berpegang kepada janji setia dan ikrar yang telah dilafazkan. Juga bermaksud menjaga segala rahsia dan amanat yang diberikan.
Alif - Angkat
Meletakkan dan menjadikan Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai panduan dan tempat rujukan.
Ya - Yakin
Yakin kepada kebolehan diri sendiri
Wau - Waras
Membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum bertindak.
Nga - Ngeri
Bersungguh-sungguh dalam segala perbuatan. Dalam konteks latihan dan persembahan, kesungguhan ini digambarkan dalam kengerian orang lain yang menyaksikannya.

Latihan Gayong




Latihan Gayong di MRSM dijalankan pada setiap hari isnin setiap minggu

bengkel pertandingan separuh hari






























Segayong, Seerat & Sekeluarga


Team gendang Silat 2008


Team olahraga 2008


Masal puteri 2008


Masal Putera 2008


Tempur puteri 2008


Tempur putera 2008


Sdr. Aiman & Amirul

Solo putera & puteri 2008


Solo Putera - Sdr. Fareez
Solo Puteri - Cik Bee